Skip to main content
Berita

Tahniah & Selamat Datang YBhg. Datuk Seri KSU

10 Mac 2025, Putrajaya – Seluruh warga MOSTI, jabatan dan agensi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang baharu.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam tiba di MOSTI pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan bersama warga kerja Kementerian.
Selamat datang ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Skip to content