Skip to main content
Berita

Teknologi Hidrogen dan EV: Melengkapi Mobiliti Rendah Karbon Negara

19 November 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab pertanyaan lisan YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau berhubung teknologi hidrogen.
Teknologi hidrogen berpotensi melengkapi penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam mempercepat peralihan negara ke arah sistem pengangkutan rendah karbon, khususnya bagi pengangkutan berat dan perjalanan jarak jauh.
Melalui NanoMalaysia Berhad (NMB), MOSTI terus meneroka pembangunan teknologi EV dan hidrogen menerusi Program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE), yang dibiayai melalui Dana Penyelidikan Strategik (SRF). Inisiatif ini merangkumi pembangunan tiga bas elektrik (EV) dan dua bas elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV) bagi memperkukuh keupayaan teknologi mobiliti hijau tempatan.
Pembangunan kedua-dua teknologi ini bukan sahaja berpotensi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan, malah membuka peluang untuk memperkukuh kepakaran, rantaian bekalan dan keupayaan industri tempatan.
MOSTI komited untuk terus memacu penyelidikan dan pembangunan teknologi mobiliti masa hadapan yang lebih bersih, cekap dan mampan, selaras dengan aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon.
Skip to content