7 Mac 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas segala jasa, sumbangan, bakti dan pimpinan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha MOSTI.
YBhg. Dato’ KSU telah menunjukkan ketokohan dan memainkan peranan penting dalam #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusperdanakanInovasi, mencapai pelbagai kejayaan dalam pelaksanaan program-program berimpak tinggi serta menjadikan MOSTI, Luar Biasa!
Tahniah jua diucapkan atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan berkuat kuasa 10 Mac 2025.

