Skip to main content
Berita

The 9th International Conference on Fuel Cell & Hydrogen Technology 2025: Membangunkan R&D&C&I Hidrogen

10 September 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan π˜›π˜©π˜¦ 9𝘡𝘩 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯𝘒𝘭 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘀𝘦 𝘰𝘯 𝘍𝘢𝘦𝘭 𝘊𝘦𝘭𝘭 & 𝘏𝘺π˜₯𝘳𝘰𝘨𝘦𝘯 π˜›π˜¦π˜€π˜©π˜―π˜°π˜­π˜°π˜¨π˜Ί 2025 (ICFCHT 2025).

Persidangan ini merupakan anjuran bersama oleh Centre of Hydrogen Energy (CHE), Institute of Future Energy (IFE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Badan Riset dan Inovasi Nasional Indonesia (BRIN). Ia merupakan platform untuk menghimpunkan penyelidik, industri, dan pembuat dasar bagi perkongsian ilmu, mempamerkan inovasi serta mengukuhkan kerjasama dalam bidang teknologi hidrogen dan sel bahan api.
Persidangan yang bertemakan 𝘏𝘺π˜₯𝘳𝘰𝘨𝘦𝘯: π˜—π˜’π˜΅π˜© 𝘡𝘰 𝘒 𝘊𝘒𝘳𝘣𝘰𝘯-𝘍𝘳𝘦𝘦 𝘍𝘢𝘡𝘢𝘳𝘦 bertepatan dengan matlamat negara dan ASEAN ke arah peralihan tenaga bersih untuk mencapai sifar karbon.
Selari dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), MOSTI komited dalam menyokong pembangunan teknologi hidrogen dan fuel sel bagi memacu pertumbuhan industri hidrogen dan pembangunan bakat tempatan di samping mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
Pendekatan ini juga mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kelestarian, kesejahteraan, inovasi dan kerjasama inklusif. Pembangunan teknologi hidrogen bukan sahaja menyokong agenda hijau negara, malah memperkukuh ekonomi berasaskan ilmu serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Skip to content