Skip to main content
Berita

The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Prestige Lecture & Award Dinner 2023 (PLAD2023)

25 November 2023, Pulau Pinang – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Prestige Lecture & Award Dinner 2023 (PLAD2023) bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada sumbangan individu dan organisasi yang telah mencapai kemajuan cemerlang dalam bidang sains dan teknologi.

Anugerah yang disampaikan pada malam ini adalah bukti kepada inovasi yang luar biasa, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi para penerima anugerah untuk terus maju. Anugerah ini merupakan inspirasi kepada semua, memaparkan apa yang boleh dicapai melalui kerja keras, kepintaran dan semangat yang mendalam untuk sains dan industri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Penerima Anugerah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam teknologi kejuruteraan, khususnya dalam digital, elektrik dan elektronik, semikonduktor, sistem dan telekomunikasi.
Skip to content