Skip to main content
BeritaCovid-19

Program Vaksinasi Kebangsaan bagi Pengamal Media di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Seri Seroja, Putrajaya.

By 2021-06-09Julai 5th, 2021No Comments

9 Jun 2021, Putrajaya – Seramai 100 pengamal media daripada pelbagai agensi di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Seroja secara berperingkat bermula pada jam 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Pengamal media antara golongan yang terdedah kepada virus COVID-19 kerana tugasan yang memerlukan mereka berada dilapangan dan berjumpa dengan ramai orang.

YB Khairy Jamaluddin turut sama meninjau proses vaksinasi kepada para pengamal media bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan di PPV Dewan Seri Seroja Putrajaya.

Skip to content