Skip to main content
Berita

YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Japan International Cooperation Agency (JICA)

3 Ogos 2024, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Japan International Cooperation Agency (JICA) yang diketuai oleh Profesor Kitaoka Shinichi, Penasihat Khas kepada Presiden JICA.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Teknologi, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (NMB), serta pegawai-pegawai kanan MOSTI dan agensi-agensi berkaitan seperti NMB, Nuklear Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
Perbincangan menekankan hubungan diplomatik yang telah lama terjalin dan kekal kukuh antara Malaysia dan Jepun, dengan fokus kepada pengukuhan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang baharu dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI). Bidang keutamaan yang menjadi tumpuan MOSTI pada tahun ini, seperti ekonomi hidrogen, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi (khususnya keselamatan makanan dan precision medicine), ekosistem startup, dan teknologi angkasa turut dibincangkan.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam pembinaan kapasiti, pembangunan bakat, penyelidikan bersama, dan kerjasama teknologi dalam bidang strategik STI termasuk teknologi angkasa, teknologi nuklear, tenaga boleh diperbaharui, bahan termaju, dan teknologi hidrogen.
Delegasi Jepun juga telah membentangkan formulasi strategi kerjasama JICA dalam bidang Keselamatan & Sekuriti Maritim yang bertujuan untuk mewujudkan Coast Guards Cooperation for Peace and Prosperity.
Skip to content