25 Jun 2026, Serdang – YB Dato’ Dr Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merasmikan Malaysia Low Altitude Economy (LAE) Conference 2026 yang diadakan bersempena MyAERO Summit 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.
Anjuran MIGHT dan MRANTI, persidangan ini menghimpunkan badan kerajaan, agensi, pengawal selia, industri, penyelidik, pelabur, dan rakan teknologi bagi memperkukuh ekosistem LAE negara.
Tumpuan diberikan kepada mempercepatkan peralihan dasar ke pelaksanaan, khususnya melalui demonstrasi Mini Sandbox sebagai platform ujian selamat bagi aplikasi dron, sustem udara tanpa pemandu (UAV), pengurusan trafik udara rendah, dan teknologi mobiliti udara termaju.
Inisiatif ini menyokong usaha MOSTI dalam kesiapsiagaan regulatori, pembangunan bakat, infrastruktur ujian, pengkomersialan teknologi, dan kerjasama serantau bagi meletakkan Malaysia sebagai gerbang ASEAN dalam LAE.
Turut berlangsung, pelancaran Perlis Airspace Sandbox / UniMAP Advanced Air Mobility Sandbox serta pertukaran kerjasama strategik tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh industri dan penerimagunaan teknologi mobiliti udara masa hadapan.




