5 Disember 2023, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Massimo Rustico, Duta Itali ke Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian serta wakil dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Malaysia dan Itali berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); terutamanya yang melibatkan bidang angkasa, tenaga boleh diperbaharui, ekosistem syarikat pemula dan lain-lain bidang kerjasama yang akan memberi faedah kepada kedua-dua buah negara.