23 Julai 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia yang disertai oleh pegawai kanan Kementerian serta wakil daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Malaysia dan Republik Türkiye berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam memacu agenda STI kedua-dua buah negara.