Skip to main content
FokusFokus April 2018 (Edisi Khas Minggu Sains Negara)

MALAYSIA RAI SAMBUTAN MINGGU SAINS NEGARA KALI PERTAMA

By 2018-04-01Ogos 4th, 2020No Comments

Bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara menjelang 2050, minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar perlu diberikan perhatian serius. Oleh hal yang demikian, pembudayaan inovasi dan kreativiti serta peningkatan kesedaran dan minat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan STI dengan penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak kerajaan, guru, pelajar, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan industri. Pada masa ini, pelbagai aktiviti kesedaran STI telah dilaksanakan antaranya ialah Petronas Science Festival, #mydigitalmaker Fair, National Science Fair for Young Children, Young Inventors Challenge, Malaysia Technology Expo, International Invention Innovation Exhibition, Minggu Sains dan Matematik, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi serta Pertandingan Inovasi.

Namun, bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, adalah wajar satu minggu khas dikhususkan sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan dan memastikan penglibatan semua pihak secara berterusan dalam program kesedaran STI. Sehubungan dengan itu, Kabinet telah memutuskan Minggu Sains Negara akan disambut pada minggu pertama April setiap tahun dan akan menjadi agenda utama kerajaan dalam membudayakan STI dalam kalangan masyarakat.

Selaras dengan keputusan yang tersebut, buat julung-julung kalinya, Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan sambutan Minggu Sains Negara di seluruh negara dari 1 hingga 7 April 2018 sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan. Tujuan Minggu Sains Negara ini dirai adalah untuk menyemarak dan membudayakan STI pada segenap lapisan masyarakat, meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik perhatian minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya, dan mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik dan individu dalam mempromosikan sains.

World Science Day banner 300x123 1Bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara menjelang 2050, minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar perlu diberikan perhatian serius. Oleh hal yang demikian, pembudayaan inovasi dan kreativiti serta peningkatan kesedaran dan minat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan STI dengan penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak kerajaan, guru, pelajar, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan industri. Pada masa ini, pelbagai aktiviti kesedaran STI telah dilaksanakan antaranya ialah Petronas Science Festival, #mydigitalmaker Fair, National Science Fair for Young Children, Young Inventors Challenge, Malaysia Technology Expo, International Invention Innovation Exhibition, Minggu Sains dan Matematik, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi serta Pertandingan Inovasi.

Namun, bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, adalah wajar satu minggu khas dikhususkan sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan dan memastikan penglibatan semua pihak secara berterusan dalam program kesedaran STI. Sehubungan dengan itu, Kabinet telah memutuskan Minggu Sains Negara akan disambut pada minggu pertama April setiap tahun dan akan menjadi agenda utama kerajaan dalam membudayakan STI dalam kalangan masyarakat.

Selaras dengan keputusan yang tersebut, buat julung-julung kalinya, Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan sambutan Minggu Sains Negara di seluruh negara dari 1 hingga 7 April 2018 sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan. Tujuan Minggu Sains Negara ini dirai adalah untuk menyemarak dan membudayakan STI pada segenap lapisan masyarakat, meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik perhatian minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya, dan mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik dan individu dalam mempromosikan sains.

IMG 5259 300x200 1Sepanjang tempoh sambutan, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur yang merupakan lokasi utama sambutan Minggu Sains Negara 2018 akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif termasuk Science Show Marathon, Science Chef in Action, Build a Truck!, Building Block Creativity, Fun with Magnet, DIY Hand Painting, Spinning Top, Meet the Scientists, Arduino Workshop, Info Search Quest dan Robot Assemble. Di samping itu, Robot Serangga Mini (Robobug) yang dihasilkan oleh para pelajar sekolah dalam bengkel asas robotik yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara mulai 19 Mac 2018, akan dikumpulkan pada “Majlis Pelancaran Robot Serangga Mini Yang Terbanyak” pada 5 April 2018. Pelancaran Robobug ini akan dinilai untuk dicatat dalam Malaysian Book of Records di bawah kategori Sains dan Teknologi. Bersempena dengan Minggu Sains Negara ini juga, Anugerah Juruteknologi Negara, Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Khas STEM yang menawarkan wang tunai antara RM2,000 hingga RM20,000 akan disampailkan semasa majlis pelancaran pada 3 April 2018.

Lokasi-lokasi sambutan Minggu Sains Negara peringkat negeri juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung antaranya ialah Alert! Scientist on Board, Sci-Cinema, Sciensation, SAINS KERIANgan (SCIENCE FUN), Magical Aircraft, Autonomous Car, Robotic Race, Jelajah STI (Negaraku Berinovasi), STI Hopping, STEM Workshop, Jom Teroka ANGKASA, STEM Explorace, TPM Tissue Culture dan IBSE Workshop.

template minggu sains 2 1024x1024 1

Skip to content