Skip to main content
FokusFokus April 2018 (Edisi Khas Minggu Sains Negara)

MELAKA: HEBAT NAU MELAKA BERINOVASI

By 2018-05-03Ogos 4th, 2020No Comments

Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung mulai 2 April dan berakhir pada 8 April 2018 adalah diterajui oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Yang turut hadir semasa majlis ialah YB Datuk Seri Haji Md. Yunos Husin (Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi), YBrs. Dr. Nordin bin Ahmad (Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara) dan YBhg. Datuk Wira Dr. Ir Ahmad Zaini Mohd Amin (Ketua Kluster Pengajian Tinggi, Negeri Melaka).

Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka telah dimulakan dengan Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi Remote Sensing untuk Kesejahteraan dan Kelestarian Keselamatan Negara anjuran Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Seminar yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Kua Abun (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan, MOSTI) pada 2 April 2018 di Hotel Hatten, Melaka ini telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 2 dan 3 April 2018.

Pada 4 dan 5 April 2018 pula, telah berlangsung tiga (3) aktiviti utama sambutan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, iaitu:

  1. Pameran STI yang mana diadakan juga demonstrasi dan pop kuiz;
  2. Pertandingan STI termasuklah Jom Teroka ANGKASA, pertandingan mewarna, Pertandingan X-box dan pertandingan realiti maya; dan
  3. Penerokaan ANGKASA termasuklah ANGKASA Talk, Meneropong ANGKASA, Ikon Sains, Sembang Graviti Sifar dan Sembang Teknologi Hijau.

Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka diakhiri dengan Kem Ilmu Falak 2018 Siri 1 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 April 2018 di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.