Skip to main content
FokusFokus April 2018 (Edisi Khas Minggu Sains Negara)

MINGGU SAINS NEGARA MENGIKTIRAF SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

By 2018-04-23Ogos 4th, 2020No Comments

Dengan tema ‘Negaraku Berinovasi’, Minggu Sains Negara 2018 yang berlangsung pada 1 hingga 7 April telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 80,000 orang yang antaranya terdiri daripada para pelajar, guru, ibu bapa, saintis, penyelidik, pelancong, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemain industri, pihak swasta dan media dari seluruh negara.

Bersempena dengan sambutan Minggu Sains Negara kali pertama ini, Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi utama sambutan. Antara aktiviti yang telah diadakan di Pusat Sains Negara sepanjang tempoh sambutan ini ialah Science Show Marathon, Science Chef in Action, Build a Truck!, Building Block Creativity, Fun with Magnet, DIY Hand Painting, Spinning Top, Meet the Scientists, Arduino Workshop, Info Search Quest dan Robot Assemble. Majlis Pelancaran Robot Serangga Mini yang Terbanyak juga telah berlangsung pada 5 April 2018 di Pusat Sains Negara.

MUS 3440 300x261 1Majlis Pelancaran Minggu Sains Negara 2018 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) pada 3 April 2018 di Pusat Sains Negara. Yang turut hadir semasa majlis ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya (Ketua Setiausaha MOSTI), YBhg. Datuk Kua Abun (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan) dan YBrs. Prof. Madya. Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Ketua Setiausaha STI).

Dalam majlis pelancaran ini, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah menyampaikan tiga (3) anugerah utama iaitu:

  1. Anugerah Khas STEM yang pertama kali diperkenalkan untuk mengiktiraf sumbangan signifikan dalam bidang STEM dan STI negara;
  2. Anugerah Saintis Muda Negara untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian saintis muda berumur di bawah 35 tahun dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan STI; dan
  3. Anugerah Juruteknologi untuk mengiktiraf sumbangan berkaitan sains dan teknologi daripada juruteknologi serta kakitangan separuh ikhtisas.

Anugerah Khas STEM terbahagi kepada tiga kategori yang mana kategori ‘techprogram’ telah dimenangi oleh Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF), kategori pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimenangi  oleh Persatuan Sains, Teknologi dan Inovasi (ASTI) dan kategori media pula dimenangi oleh Majalahsains.com. Anugerah Saintis Muda Negara telah dimenangi oleh Dr. Oon Chern Ein (Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia) yang menjalankan kajian berkaitan rawatan kanser. Anugerah Juruteknologi Negara pula telah dianugerahkan kepada Puan Wan Saridah Wan Omar (Penolong Pegawai Penyelidik, Lembaga Minyak Sawit Malaysia) yang menjalankan kajian berkaitan peningkatan nilai sawit melalui pembangunan produk hiliran.

Pada akhir majlis pelancaran, YB Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha telah menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag-Off) Kembara GoMore (Gomo) Sains bagi sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Skip to content