Skip to main content
General

Majlis Makan Malam Bersempena ASEAN Bioethics Seminar 2025

09 September 2025, Sabah- Majlis Makan Malam bersempena ASEAN Bioethics Seminar 2025 telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Sernam Singh, Setiausaha Sumber Asli Sabah, diikuti dengan Ucapan Penghargaan oleh YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI.
Malam tersebut menjadi platform untuk meraikan dan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara perwakilan ASEAN & Timor-Leste dalam bidang bioetika dan bioteknologi, di samping mengadakan sesi ramah mesra serta pertukaran pandangan ke arah kerjasama masa depan yang lebih erat.
Majlis ini turut mencerminkan semangat Malaysia MADANI, yang mengangkat nilai kerjasama rentas sempadan demi membina masa depan rantau ASEAN yang beretika, inklusif dan mampan.
Skip to content