12 Jun 2025, Johor – Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics oleh MOSTI diteruskan hari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sibu, Mersing , Johor yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Wan Hasnul Nadzrin Wan Sulong, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Bioeconomy Corporation dan YBrs. Encik N.Aniham bin Abdul Majid, Guru Besar SK Pulau Sibu.
Seramai 7 orang orang guru dan 16 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahap 1 dan 2 serta Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengambil bahagian dalam program ini.
Antara aktiviti menarik bersama pelajar yang dilakukan termasuklah EZBOT, Pen 3D dan Kereta Solar. Melalui program seperti ini dapat memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua.