Skip to main content
BeritaGeneral

Program Smart Tani@UMK: Drone Tech

07 Ogos 2025, Kelantan – Program Smart Tani@UMK: Drone Tech merupakan salah satu Program Satelit MOSTI yang mengetengahkan pengenalan dan latihan penggunaan dron pertanian melibatkan 50 petani di Daerah Bachok. Program yang dilaksanakan di Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.

Objektif utama Program Smart Tani@UMK: Drone Tech adalah memperkenalkan teknologi dron pertanian kepada petani melalui satu latihan intensif dan demonstrasi lapangan. Penggunaan dron membolehkan kerja pemantauan tanaman, penyemburan baja atau racun serta analisis kawasan sawah atau kebun dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.
Semua petani diajar secara teori, praktikal dan juga aktiviti secara berkumpulan yang mana dipantau oleh tenaga pengajar pakar daripada Globe Resources. Program ini akan dijalankan dengan melibatkan latihan teori dan amali yang merangkumi aspek asas kawalan dron, perisian pemetaan dan analisis data ladang serta demonstrasi penggunaan dron secara langsung bagi pemantauan tanaman, semburan baja dan racun serangga.
Skip to content