FOTO

VIDEO

Sekitar Majlis Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2023.

YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023.Pelancaran juga diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. Selaras dengan itu, “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” telah dipilih sebagai tema HKHM 2023.

Kontinjen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini turut menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022. Kontinjen MOSTI diketuai oleh YBrs. Dr. K.Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dibarisi dengan kekuatan 84 orang yang terdiri daripada gabungan anggota kementerian, jabatan dan agensi dibawahnya.