Skip to main content
Perkongsian Maklumat

Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perikanan

By 2020-11-26Disember 30th, 2020No Comments

Imej satelit remote sensing turut digunakan dalam bidang perikanan bagi menentukan kawasan lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan. Kawasan ini ditentkan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada imej satelit remote sensing terutamanya suhu permukaan laut (SST) dan kepekatan klorofil. Maklumat ini kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan lokasi-lokasi berpotensi tinggi bagi penangkapan ikan. 

Maklumat lokasi diperolehi dalam bentuk koordinat kemudiannya disebarkan kepada nelayan yang mempunyai kapal yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan (DOF), iaitu melalui web portal dan paparan elektronik di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). Nelayan kemudiannya boleh terus ke lokasi penangkapan ikan. Proses ini dapat menjimatkan kos operasi seperti minyak dan masa berbanding kaedah konvensional terdahulu yang memerlukan nelayan untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mencari kawasan yang mempunyai banyak ikan.

Selain membantu meningkatkan pendapatan nelayan, maklumat lokasi bagi penangkapan ikan ini juga membantu Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam merancang aktiviti penangkapan ikan bagi menjamin kelestarian sumber perikanan negara.

Antara lain, langkah yang turut diambil adalah mengawal penyebaran maklumat lokasi penangkapan ikan dan tidak membenarkan aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang digazet sebagai taman laut dan kawasan tukun tiruan bagi pembiakan ikan.

Aplikasi Remote Sensing Dalam Bidang Perikanan

Untuk maklumat lanjut berkaitan teknologi angkasa ikuti laman 

Agensi Angkasa Malaysia – MYSA

Skip to content