Skip to main content
Perkongsian Maklumat

Bagaimana untuk Melupuskan Bahan Bantuan Mengajar di Sekolah yang mempunyai unsur Bahan Radioaktif ?

Bahan radioaktif digunakan di sekolah sebagai bahan bantuan mengajar bagi mata pelajaran Sains. Sekiranya bahan ni tidak lagi digunakan, ia hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Akta 304 dengan menghubungi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
Prosedur Pelupusan Bahan Radioaktif Milik Sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri / IPT
  1. Kemukakan permohonan kelulusan pelupusan kepada AELB
  2. Kemukakan kepada Agensi Nuklear Malaysia permohonan pelupusan dengan disertakan surat kelulusan pelupusan dari AELB
  3. Terima surat persetujuan pelupusan dari Nuklear Malaysia
  4. Atur urusan penghantaran dan pengangkutan bahan radioaktif dengan Nuklear Malaysia
  5. Lakukan pelupusan di Nuklear Malaysia
  6. Kemukakan kepada AELB surat pengesahan penerimaan bahan radioaktif oleh Nuklear Malaysia
Bagaimana hendak mengenali bahan radioaktif?
Secara fizikal, bahan radioaktif boleh dikenali melalui:
  1. Nama bahan radioaktif
  2. Keaktifan bahan radioaktif
  3. Jenis sinaran yang dipancarkan
  4. Terdapatnya simbol sinaran mengion berbentuk trefoil

 

Melupusan unsur bahan radioaktif

Skip to content