Skip to main content
Perkongsian Maklumat

Telegram Pusat Sains Negara (PSN)

Telegram Pusat Sains NegaraPusat Sains Negara (PSN) kini telah mewujudkan satu lagi platform media sosial iaitu Telegram yang bertujuan untuk mempromosi dan membudayakan sains secara dalam talian di samping memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai sains di sekeliling mereka. Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan PSN secara maya.

Saluran Telegram Pusat Sains Negara ini akan memberikan info terkini khusus dalam bidang sains, aktiviti yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat dan perkembangan terkini Pusat Sains Negara. 

Apa tunggu lagi? Klik pautan berikut untuk penerokaan ke dunia sains yang menakjubkan! 😊 

https://t.me/pusatsainsnegaraofficial

Skip to content