Skip to main content
Seranta Awam Atas Talian (Arkib)

NATIONAL POLICY ON SCIENCE, TECHNOLOGY AND INOVATION (NPSTI) ONLINE PUBLIC CONSULTATION

By 2018-01-18Mei 8th, 2019No Comments

NATIONAL POLICY ON SCIENCE, TECHNOLOGY AND INOVATION (NPSTI) ONLINE PUBLIC CONSULTATION

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang menjalankan Kaji Selidik National Policy on Science, Technology and Innovation (NSPTI) Online Public Consultation yang bertujuan untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas mengenai Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2013-2020 serta mendapatkan input mengenai unsur yang penting dalam penggubalan DSTIN 2021-2030 baharu. Tempoh pelaksanaan kaji selidik ini bermula  pada 15 Disember 2017 hingga 31 Ogos 2018.

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan adalah dimohon untuk melengkapkan soal selidik kajian berkenaan seperti di pautan berikut: www.akademisains.gov.my/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Noraina Jamal Rashid (aina@akademisains.gov.my) atau Encik Akmal (akmal@akademisains.gov.my).

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/Datuk/Dr./Tuan/ Puan dalam menjayakan kaji selidik NPSTI Online Public Consultation ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

NORAINI BINTI CHE HUSAIN
UNIT INISIATIF STRATEGIK
BAHAGIAN DASAR DAN PENYELARASAN STRATEGIK
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
03 – 8885 8714
noraini@mosti.gov.my