Skip to main content
Berita

NanoMalaysia Berhad menerima kunjungan YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini dalam rangka lawatan kerja ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI

Putrajaya, 16 Jun 2020 – NanoMalaysia Berhad menerima kunjungan YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini dalam rangka lawatan kerja ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI.

NanoMalaysia merupakan sebuah entiti perniagaan bagi melaksanakan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi seperti:
• Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan Nanoteknologi
• Perindustrian Nanoteknologi
• Kemudahan Pelaburan dalam Nanoteknologi
• Pembangunan Modal Insan dalam Nanoteknologi
NanoMalaysia berhasrat untuk merangsang Revolusi Industri ke-4 melalui nanoteknologi. YB Menteri turut dibawa melihat beberapa produk nanoteknologi oleh syarikat tempatan yang telah dikomersilkan oleh NanoMalaysia.
.
Turut hadir YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI.

 

Skip to content