15 Ogos 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah menggadakan sesi lawatan turun padang ke syarikat Bayo Pay Sdn. Bhd. yang menerima dana di bawah Venture TECH bagi projek Dana Pelaburan Strategik Venture TECH.
Sesi lawatan ini diadakan bagi mendapatkan gambaran dan laporan terus secara fizikal bagi perkembangan syarikat yang berasaskan teknologi kewangan dalam sistem pembayaran.
Platform turun padang merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Hj Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaluddin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, Encik Ahmad Redzuan Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Venture TECH serta Encik Shahrizal Shahrudin dari Bahagian Foresight Teknologi MOSTI.
Video rangkuman lawatan
: https://youtu.be/5_Y60bj7Fpw
