Skip to main content
Berita

Program MTDC ROAD2GROWTH (R2G) 2024 Sabah

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah hari ini merasmikan Program MTDC ROAD2GROWTH (R2G) 2024 Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC).
Program MTDC R2G Sabah ini dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) sebuah agensi di bawah MOSTI dengan kerjasama Sabah Economic Development and Investment Authority.
Hadir sama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan, CEO MTDC danYBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Eksekutif SEDIA.
MTDC R2G adalah sebuah inisiatif bertujuan untuk memacu pertumbuhan syarikat-syarikat berasaskan teknologi tempatan melalui sokongan dan penglibatan strategik untuk mengembangkan potensi, mempromosikan inovasi, dan meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka di Malaysia.
YAB Ketua Menteri Sabah turut menyaksikan sesi menandatangani MoU antara MTDC dengan SEDIA dan MTDC dengan Lembaga Koko Malaysia.
Diharapkan dengan sokongan ini dapat membantu MOSTI dan MTDC serta rakan strategik untuk menjayakan pelbagai program dan inisiatif, khususnya bagi pembangunan ekosistem sains, teknologi dan inovasi di Sabah.
Skip to content