Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Multimedia (MMU)-Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D)

7 Ogos 2024, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Multimedia (MMU)-Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), bersama delegasi MOSTI yang terdiri daripada pelbagai Bahagian dan Agensi, antaranya Cradle Fund Sdn Bhd (CRADLE) dan Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada 6 Ogos 2024.

Lawatan ini turut disantuni YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Putih, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazliham bin Mohd Su’ud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Merangkap Pengerusi TM R&D.
YBrs. Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D (anak syarikat kumpulan TM) telah memberikan taklimat mengenai sejarah, visi, misi dan pencapaian syarikat dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi, antaranya nilai impak inovasi sebanyak RM3.2 bilion melalui penyelesaian transformasi digital TM R&D dalam industri dan lebih daripada 2,800 hak perlindungan harta intelek (IPRs).
TM R&D telah mengambil langkah proaktif dengan mendaftarkan enam (6) penyelesaian teknologi untuk penandaan logo MySTI dengan kelulusan pada 28 Mei 2024, antaranya:
1️⃣ CONVES- Connected Vehicle System;
2️⃣ FIRA- Fast Internet for All;
3️⃣ FORCE- Workforce Management System;
4️⃣ Smart Helmet;
5️⃣ Smart Integrated Dashboard; dan
6️⃣ SWIMS- Smart Water Integrated Management System.
Permohonan penandaan logo MySTI untuk empat (4) penyelesaian teknologi TM R&D lain turut dikemukakan dan sedang disaring oleh Sekretariat MySTI di MRANTI.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama delegasi MOSTI telah diberikan penerangan fungsi dan keunikan setiap penyelesaian teknologi dalam lawatan showcase pameran inovasi TM R&D yang memfokuskan Smart Services, Intelligent Connectivity and AI/Sustainability.
Sebagai simbolik penghargaan kepada para penyelidik dan pengurusan TM dalam memartabatkan hasil R&D tempatan, YB Tuan Chang Lih Kang telah menyampaikan sijil MySTI untuk enam (6) penyelesaian TM R&D yang telah menerima logo MySTI.
Selain kecerdasan buatan (AI), beliau turut menyeru pihak MMU dan TM R&D untuk menceburi dan meneroka aktiviti R&D dalam bidang keutamaan MOSTI seperti teknologi hidrogen, teknologi angkasa, bioteknologi- keterjaminan makanan & perubatan jitu, dan memperkasa ekosistem syarikat pemula (startups). Agensi MOSTI seperti CRADLE dan MRANTI bersedia menjalin kolaborasi erat bersama TM R&D melalui inisiatif SUPER dan MATCH yang dapat dimanfaatkan untuk keberhasilan bersama.
MOSTI menyambut baik cadangan MMU dan TM R&D mengenai potensi kerjasama bagi memperkukuhkan lagi ekosistem R,D,C,I&E di Malaysia.
MySTI- Inovasi Tempatan, Impak Global!
Skip to content