Skip to main content
Berita

D-8 Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) Technology Investment Meeting (TIM) 2024

12 Ogos 2024, Kuala Lumpur – D-8 Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) Technology Investment Meeting (TIM) 2024 telah berjaya dianjurkan pada 12-13 Ogos 2024 di Kuala Lumpur. D-8 TTEN terdiri daripada lapan ( 8 ) negara Muslim membangun iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan, dan Turkiye, di mana Sekretariat D-8 TTEN berpusat di Taman Teknologi Pardis, Tehran, Iran.
TIM adalah salah satu program di bawah D-8 TTEN yang berfungsi sebagai platform untuk mewujudkan kerjasama pelaburan antarabangsa dalam pelbagai bidang, dengan matlamat untuk menyokong pembangunan syarikat permulaan di seluruh dunia. Kandungan TIM adalah termasuk Startup Pitch Deck Presentations, International Investment Opportunities, International B2B Meetings, Panel Discussion on Consumer Insight dan Industry Case. Sehingga kini, TIM telah diadakan sebanyak lima kali di Iran, iaitu pada tahun 2017, 2020, 2021, 2022, dan 2023. Ini adalah kali pertama TIM diadakan di Malaysia.
TIM 2024 telah memperlihatkan 2 sesi 𝘱𝘪𝘵𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨 iaitu dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tenaga & kelestarian yang telah melibatkan 14 syarikat startups tempatan dan antarabangsa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.
𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜: 𝗔𝗜
𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴
𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗔𝗦𝗩 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 (𝗠𝗧𝗗𝗖) – 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Desight – Sensor IoT dengan jalur lebar dan kos rendah dengan teknologi AI dan kemampuan pemprosesan data yang efisyen, membolehkan pemantauan dilakukan walaupun di kawasan terpencil.
𝟭𝘀𝘁 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗨𝗽
𝗥𝗲𝗰𝗼𝘃𝗲 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 (𝗠𝗜𝗠𝗢𝗦) – 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
RECOVE adalah platform teknologi bagi ujian darah tanpa invasif untuk mengesan hemoglobin dan pengumpulan data tanda vital
𝟮𝗻𝗱 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗨𝗽
𝗔𝘆𝘆𝘇𝗮 𝗔𝗜 – 𝗜𝗿𝗮𝗻
Peranti ini dapat menambah baik operasi agar lebih efisyen, memantau keselamatan, mengoptimumkan enjin carian (SEO), dan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) – semuanya dari satu papan pemuka.
.
𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜: 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 & 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡
𝗕𝗲𝘀𝘁 𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁𝘂𝗽 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 – 𝗡𝗚𝗟 𝗧𝗲𝗰𝗵 (𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮) – Ditubuhkan pada tahun 2009, NGLTech adalah syarikat pembangunan dan kejuruteraan teknologi antarabangsa yang didaftarkan di Malaysia, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyampaian turnkey untuk teknologi dan sistem proses proprietari bagi industri Minyak & Gas dan industri berkaitan.
𝟭𝘀𝘁 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗨𝗽 – 𝗣𝗼𝘄𝗲𝗿𝘀𝘁𝗼𝘃𝗲 (𝗡𝗶𝗴𝗲𝗿𝗶𝗮) – Powerstove menghasilkan dapur memasak pintar tanpa asap yang juga menjana elektrik untuk pengguna dengan menggunakan bio-pellet mampan sebagai bahan api, yang dihasilkan daripada sisa tanaman selepas penuaian dan sisa kayu
𝟮𝗻𝗱 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗨𝗽 – 𝗦𝗾𝘂𝗮𝗿𝗲𝗖𝗹𝗼𝘂𝗱 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 (𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮) – Penyelesaian teknologi untuk mencapai kecekapan penyejuk yang optimum dengan menggabungkan platform IoT, rangkaian sensor tanpa wayar, dan analitik terkini dengan cekap.
Skip to content