21 April 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2025 yang diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Majlis yang di hoskan sendiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyemai semangat perpaduan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membina Malaysia MADANI yang inklusif dan harmoni.
Sempena bulan Syawal yang mulia, majlis ini melibatkan kerjasama semua unit, bahagian, jabatan dan agensi MOSTI dalam menyediakan pelbagai juadah hari raya. Melalui perjumpaan ini, ekosistem simbiosis STI yang terjalin akan terus utuh, sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Negara untuk kesejahteraan bersama.
Hadir sama memeriahkan majlis, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, Barisan pihak pengurusan MOSTI, Ketua-ketua Pengarah dan CEO jabatan, agensi di bawah MOSTI, warga media, warga industri dan warga MOSTI.