26 April 2025, Perak – Kementerian Sains, Teknologi danInovasi (MOSTI) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan belia dan masyarakat melalui pendedahan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menerusi Program AI 4 Belia dan Masyarakat 2025, yang diadakan bersempena Mini Karnival Sains MADANI di Kuala Kurau, PERAK.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan keupayaan belia dalam mengaplikasikan teknologi AI secara beretika dan bermanfaat dalam kehidupan seharian, di samping memberi penekanan kepada keterangkuman digital dengan mengutamakan penyertaan masyarakat luar bandar agar manfaat kemajuan teknologi dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Menurut YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, program ini merupakan antara usaha strategik MOSTI dalam memupuk minat dan kesedaran terhadap teknologi AI, khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal menjadipeneraju inovasi negara.
“Program ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk menyediakan platform pembelajaran inklusif, praktikal dan kolaboratif yang melibatkan pelbagai pihaktermasuk agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, dan komuniti tempatan,”ujar beliau. Tambahnya lagi, inisiatif ini selari dengan elemen Daya Cipta dalamkerangka Malaysia MADANI, dengan membimbing belia dan masyarakat untukmencipta solusi berasaskan AI yang memberi impak positif kepada komuniti danpembangunan negara.
Program AI 4 Belia dan Masyarakat menampilkan pendekatan interaktif dan mudah difahami melalui tiga komponen utama:
● AI Awareness – pengenalan kepada konsep asas dan manfaat AI,
● AI Career Talk – pendedahan kepada peluang kerjaya dan kemahiran masadepan,
● AI Workshop – pengalaman praktikal penggunaan dan pengoptimuman teknologi generatif AI bersama guru dan pelajar sekolah.
Mini Karnival Sains MADANI Kuala Kurau turut menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti interaktif melibatkan agensi-agensi di bawah MOSTI seperti Pusat Sains Negara (PSN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia) dan Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia), di samping demonstrasi sains, kuiz, sesi perkongsian danpermainan berasaskan sains dan teknologi.