Skip to main content
Berita

Cradle Innovation Advisory Dilancarkan untuk Memangkin Gelombang Baharu Inovasi Korporat di Malaysia

18 Julai 2025, Kuala Lumpur – Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hari ini mengumumkan pelancaran 𝘊𝘳𝘒π˜₯𝘭𝘦 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 𝘈π˜₯𝘷π˜ͺ𝘴𝘰𝘳𝘺, satu inisiatif perkongsian strategik bagi mempercepat transformasi teknologi dalam kalangan syarikat korporat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan menangani kekangan struktur dalam ekosistem inovasi negara – termasuk sokongan pasca-geran dan peluang pengkomersialan yang terhad, jurang hubungan antara industri dan startup, serta penglibatan PKS yang minimum dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya berkata β€œInovasi tidak dapat berkembang dalam keterasingan. Melalui 𝘊𝘳𝘒π˜₯𝘭𝘦 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 𝘈π˜₯𝘷π˜ͺ𝘴𝘰𝘳𝘺, kami membuka jalan untuk PKS, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara, agar dapat mengakses kepakaran, alat dan rangkaian yang diperlukan untuk terus berinovasi, berkembang dan bersaing di peringkat global”
β€œIni menandakan peralihan daripada sekadar memberi sokongan kepada pemerkasaan. Dengan memperkukuh kerjasama antara universiti, korporat dan komuniti startup antarabangsa, kami menyediakan landasan bagi idea-idea bernas, bukan sekadar untuk dikembangkan, malah untuk digerakkan ke pasaran, sekali gus mengubah keseluruhan landskap sektor,” katanya lagi.
Selari dengan kerangka nasional seperti Ekonomi MADANI dan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021–2030, 𝘊𝘳𝘒π˜₯𝘭𝘦 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 𝘈π˜₯𝘷π˜ͺ𝘴𝘰𝘳𝘺 menyasarkan untuk memperkukuh kapasiti inovasi Malaysia dan memajukan kedudukannya sebagai ekosistem startup dan PKS yang berdaya saing di peringkat global.
Organisasi yang berminat untuk menyertai atau bekerjasama dalam inisiatif ini digalakkan untuk menghubungi Cradle di enquiries@cradle.com.my.
Skip to content