19 Julai 2025, Singapura – Pagi tadi telah berlangsung Majlis Perasmian 10𝘵𝘩 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 41𝘴𝘵 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦 𝘎𝘢𝘮𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘪𝘯𝘨𝘢𝘱𝘰𝘳𝘦 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳𝘴 2025 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Pertahanan merangkap Menteri yang Bertanggungjawab ke atas Perkhidmatan Awam Singapura.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Encik Leo Yip dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara diikuti dengan sesi pembentangan oleh wakil kedua-dua negara. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi perbincangan berkumpulan yang merangkumi tiga bidang utama, iaitu reformasi perkhidmatan awam, reformasi ekonomi dan reformasi sosial.
Semasa sesi perbincangan kumpulan, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah diberikan mandat untuk menjadi salah seorang pembentang bagi tema ‘𝘌𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘨𝘶𝘭𝘢𝘵𝘰𝘳𝘺 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮 – 𝘉𝘶𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘷𝘪𝘣𝘳𝘢𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘪𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘦𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘺 𝘵𝘰 𝘦𝘯𝘴𝘶𝘳𝘦 𝘰𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵𝘶𝘯𝘪𝘵𝘪𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘢𝘭𝘭’.
Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Perkhidmatan Awam Singapura yang menggariskan komitmen bersama ke arah memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perkhidmatan awam.
