Skip to main content
Berita

Majlis Istiadat Penganugerahan Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan Tahun 2025

19 Ogos 2025, Putrajaya – Majlis Istiadat Penganugerahan Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan Tahun 2025 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Seramai 119 orang kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang telah menjalani Kursus pada 4 Ogos 2024 sehingga 23 Mei 2025 menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam diraikan hari ini.

Hadir sama YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah INTAN; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Presiden PPTD dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
Setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah atas penganugerahan Felo INTAN bagi tahun 2025. Penganugerahan Felo INTAN merupakan tradisi tahunan berprestij yang diberikan kepada tokoh ternama terpilih sebagai penghormatan dan penghargaan atas sumbangan kepada negara dan perkhidmatan awam.
Skip to content