Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat ke atas Ybrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) oleh H.E Marta Laura Gabrieloni, Duta Besar Republik Argentina di Kuala Lumpur

12 September 2025, Putrajaya – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada oleh H.E Marta Laura Gabrieloni, Duta Besar Republik Argentina di Kuala Lumpur, yang turut disertai oleh wakil pegawai daripada Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Tenaga Atom, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Sesi kunjungan hormat adalah bagi membincangkan cadangan lawatan delegasi peringkat tinggi daripada INVAP S.E., sebuah syarikat milik kerajaan Argentina dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam mereka bentuk, mengintegrasi dan membangunkan projek teknologi yang kompleks dalam sektor nuklear, angkasa lepas, pertahanan, keselamatan, dan sistem perubatan.
Misi lawatan tersebut dijangka akan dijadualkan pada awal bulan Oktober 2025, yang akan memberi tumpuan kepada sektor nuklear, angkasa dan bioteknologi.
MOSTI mengalu-alukan kerjasama dengan negara Argentina selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030, yang menekankan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai peneraju serantau dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Skip to content