Skip to main content
Arkib

4th Biennial International Conference on Women in Science, Technology & Innovation: Memperkasakan Wanita Melalui Teknologi

By 2019-08-05April 19th, 2020No Comments

4th Biennial International Conference on Women in Science, Technology & Innovation yang berlangsung pada 22 dan 23 Julai 2019, bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, telah dirasmikan oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Persidangan anjuran Pusat Antarabangsa Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Kerjasama Selatan-selatan di bawah Naungan UNESCO (ISTIC) ini merupakan platform untuk mengetengahkan isu-isu mengenai wanita dan berkongsi pencapaian serta kejayaan wanita dalam bidang sains dan teknologi.

Persidangan dwitahunan ini merupakan kesinambungan daripada resolusi Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Dua resolusi tersebut adalah merujuk pada teknologi berkaitan dengan jurang digital antara jantina dan perdagangan internet ke arah memperkasakan wanita. Persidangan ini juga disokong oleh UNESCO, UNWOMEN, dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Kerjasama Selatan-Selatan (UNOSSC).

Dalam ucapannya, YB Yeo Bee Yin mengalu-alukan kehadiran Dr. Denis Nkala, Koordinator Serantau bagi Rantau Asia Pasifik, UNOSSC. Sokongan agensi PBB dalam program ini menunjukkan pentingnya persidangan ini dalam meraikan wanita dan pencapaian mereka dalam dunia digital dan teknologi terkini.

YB Yeo juga menyatakan bahawa tahun 2019 bakal menyaksikan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG). UNSDG No. 5 – “Mencapai kesamarataan jantina dan memperkasa wanita” adalah didedikasikan secara eksklusif kepada wanita yang memperlihatkan kepentingan peranan wanita dalam menyumbang kepada kejayaan 17 UNSDG. Hal ini adalah kerana, wanita terlibat dalam semua sektor pembangunan termasuklah kesihatan, kemiskinan, pendidikan, makanan dan pertanian.

Skip to content