Skip to main content
Arkib

Beyond Paradigm Summit 2019: Future Proofing Green Technology

By 2019-07-23Mei 19th, 2021No Comments

Pada 17 dan 18 Julai 2019 bertempat di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur, telah berlangsung Beyond Paradigm Summit 2019 yang bertemakan ‘Creating Distinctive Digitally Transforming Solutions’. Sidang Kemuncak anjuran Serba Dinamik Holdings Berhad ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri. Matlamat utama penganjuran Sidang Kemuncak ini adalah untuk menggabungkan perniagaan yang mengusahakan penyelesaian Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) berskala kecil dan mengumpulkan mereka bersama untuk memulakan idea, membincangkan konsep dan melaksanakan idea-idea ini untuk mengubah landskap digital Malaysia.

YB Puan Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama-sama dengan YBrs. Puan Surina Shukri, Ketua Pengarah Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Sophia the Robot merupakan para panel jemputan bagi Sesi ke-13 Sidang Kemuncak ini yang mengupas tajuk ‘Future Proofing Green Technology’.

Dalam sesi ini, YB Yeo menekankan mengenai sasaran baharu untuk tenaga boleh diperbaharui yang mana Kerajaan menggalakkan penjanaan tenaga elektrik melalui kaedah tenaga boleh diperbaharui daripada 2 % kepada 20 % menjelang tahun 2025. Bagi mencapai sasaran ini, MESTECC melalui Inisiatif MESTECC 2019: Kuasai. Laksana. Ungguli telah memperkenalkan beberapa inisiatif berkaitan tenaga iaitu:

  1. Penambahbaikan Polisi Net Energy Metering (NEM),
  2. Projek Solar Berskala Besar (LSS)
  3. Projek tenaga boleh baharu bukan solar di bawah mekanisme Feed-in-Tariff (FiT)

(Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif sektor tenaga dengan menonton video ini à

Dalam sesi juga, YB Yeo berkongsi tentang insentif-insentif yang ditawar oleh Kerajaaan untuk membiayai pelaburan teknologi hijau di Malaysia, antaranya adalah seperti yang berikut:

  • Green Invesment Tax Allowance (GITA)

Syarikat komersial dan perindustrian yang terlibat dalam projek-projek tertentu yang mempromosikan tenaga boleh baharu seperti menjana tenaga solar boleh mendapat insentif khas. Insentif ini terletak di bawah GITA dan akan memberikan syarikat tersebut 100% Qualifying Capital Expenditure (QCE) dari tarikh permohonan yang diterima oleh MIDA sehingga 31 Disember 2020. GITA boleh dikontra dengan 70% pendapatan statutori.

  • Green Income Tax Examption (GITE)

Syarikat-syarikat perkhidmatan teknologi hijau layak mendapat pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun daripada tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2020.

  • Green Technology Financing Scheme (GTFS)

Kerajaan telah memperkenalkan GTFS 2.0 dalam Berlanjawan 2019 untuk menawarkan 2% subsidi kadar faedah setiap tahun untuk tempoh sepanjang lima tahun pertama bagi projek hijau dengan jaminan pinjaman sebanyak 60%. Jumlah nilai pinjaman di bawah GTFS2.0 adalah sebanyak RM2 bilion untuk 2019-2020.

Tonton video penuh Beyond Paradigm Summit 2019: Future Proofing Green Technology di sini

Skip to content