Skip to main content
Arkib

Pertandingan Debat Sains, Teknologi Dan Inovasi (DeSTI) Martabatkan Budaya Perbahasan Melalui Pendekatan STI

By 2019-07-23April 19th, 2020No Comments

Pertandingan Debat Sains, Teknologi dan Inovasi (DeSTI) merupakan usaha yang diketengahkan untuk memartabatkan budaya perbahasan bagi mendukung kelestarian dalam proses memajukan negara melalui pendekatan sains, teknologi dan inovasi (STI). Pada tahun ini, DeSTI turut diberi nafas baharu dengan sokongan MESTECC apabila dijenamakan sebagai DeSTI 2.0, Piala Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah hadir semasa pusingan akhir DeSTI pada 22 Julai 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia. Dalam ucapan ringkasnya, YB Isnaraissah berharap agar cetusan idea dan hujah-hujah perdebatan pada pertandingan kali ini dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan STI disamping meningkatkan minat para pelajar terhadap STEM seterusnya bersama menjayakan agenda STI negara.

Pertandingan akhir DeSTI menyaksikan pertembungan antara Sekolah Menengah Sains Alam Shah dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang membahaskan usul “Kita Sudah Serius Dalam Menangani Krisis Buangan Rentas Sempadan”. Kemenangan berpihak kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang, manakala pendebat terbaik dianugerahkan kepada Saudara Yap Quan Loke dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah.

Skip to content