Skip to main content
Arkib

National Energy Awards (NEA) 2019

By 2019-08-06April 19th, 2020No Comments

Pada 1 Ogos 2019 bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur telah berlangsung National Energy Awards (NEA) yang telah disempurnakan oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

NEA dianjurkan bertujuan menggalakkan industri dalam kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui untuk memainkan peranan penting dalam mengubah landskap tenaga lestari negara. Selain itu, NEA dianjurkan untuk mengiktiraf komitmen serta meningkatkan keyakinan perniagaan dan institusi di Malaysia dalam mengamalkan amalan mampan dalam operasi mereka.

NEA 2019 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada 145 permohonan dengan 77 organisasi yang layak untuk menyertai dalam dua kategori iaitu Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Kategori Kecekapan Tenaga telah menerima 17 pencalonan untuk Bangunan Cekap Tenaga dan 27 pencalonan untuk Pengurusan Tenaga. Manakala, Kategori Tenaga Boleh Diperbaharui, telah disertai oleh sebanyak 33 buah syarikat dan organisasi.

Pemenang bagi kategori kecekapan tenaga dipilih berdasarkan pelaksanaan langkah-langkah kecekapan tenaga dalam bangunan dan operasi melalui reka bentuk yang inovatif. Bagi Kategori Tenaga Boleh Diperbaharui, pemenang dipilih melalui penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui, seperti terma, solar atau biofuel dalam operasi mereka. Pemenang NEA akan mewakili Malaysia dalam ASEAN Energy Awards (AEA) 2019 yang akan diadakan di Thailand pada September ini.

Malaysia telah menjadi salah satu pesaing utama di AEA dan dijangka terus cemerlang tahun ini. 19 pemenang NEA bertanding dalam ASEAN Energy Awards di Singapura tahun lalu dan menyaksikan 10 daripada mereka menang dalam kategori masing-masing.

YB Menteri dalam ucapannya berharap agar NEA berkembang menjadi platform utama bagi industri tenaga lestari untuk meluaskan rangkaian dan berkongsi amalan terbaik. Dengan itu, beliau ingin melihat lebih banyak persatuan dan dewan industri menjadi sebahagian daripada NEA.

MESTECC juga akan terus komited untuk menghormati ikrar Malaysia bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mempunyai rancangan bersepadu untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga adalah penting untuk mencapai komitmen negara.

Senarai Pemenang

Kategori Kecekapan Tenaga

1. ENERGY MANAGEMENT IN BUILDING (SMALL)
• Menara TM, MITC, Melaka (Johan)
• Wisma TNB Jalan Anson, Pulau Pinang (Naib Johan)

2. ENERGY MANAGEMENT IN BUILDING (LARGE)
• Menara Komtar Pulau Pinang (Johan)
• Hospital Slim River, Perak (Naib Johan)

3. GREEN BUILDING
• Environmental Preservation and Innovation Centre (EPIC), Negeri Sembilan (Johan)
IKEA Cheras, Kuala Lumpur (Naib Johan)

4. RETROFITTED BUILDING
• Subang Parade Mall, Selangor (Naib Johan)

5. ENERGY MANAGEMENT IN INDUSTRY (LARGE)
• CSC Steel Sdn Bhd, Melaka (Johan)
• TG Medical Sdn Bhd (Factory 14), Selangor (Naib Johan)

6. ENERGY EFFICIENT DESIGN
• KLIA 2, Sepang (Johan)
• Paramit Factory in the Forest, Pulau Pinang (Naib Johan)

Kategori Tenaga Boleh Diperbaharui

1. NATIONAL GRID
• Cypark Resource Sdn Bhd (Johan)
• Mattan Engineering Sdn Bhd (Naib Johan)

2. LOCAL-GRID
• FGV Palm Industries Sdn Bhd

3. OFF-GRID (POWER)
• Universiti Malaysia Sarawak (Johan)