Skip to main content
Arkib

Open Science Forum for Asia and the Pacific

By 2020-02-13April 19th, 2020No Comments

Pada 13 Februari 2020, telah berlangsung Open Science Forum for Asia and the Pacific bertempat di Hotel Zenith Putrajaya. Forum ini dianjurkan berikutan pelancaran Inisiatif Malaysia Open Science Platform (MOSP), bersempena dengan Mesyuarat Dasar Perkongsian Sains, Teknologi dan Inovasi (PPSTI) Ke-15. YB Datuk Ir. Dr. Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MESTECC telah menghadiri program ini bagi pihak YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Forum ini menekankan mengenainya kepentingan Open Science kepada negara-negara Asia Pasifik yang akan mendorong negara-negara ini untuk menyokong gerakan Global Open Science bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Dengan memahami Open Science, negara-negara Asia Pasifik dapat mengamalkannya dengan berkesan dan terbuka kepada pertalian dan perkongsian pengetahuan di antara satu sama lain.

Open Science biasanya merujuk kepada usaha-usaha untuk menjadikan penyelidikan yang dibiayai secara terbuka lebih mudah diakses, dengan membenarkan semua pengguna, sama ada komuniti saintifik, sektor perniagaan atau masyarakat untuk menggunakan semula data, menghasilkan semula penyelidikan, dan menyumbang kembali kepada proses penyelidikan. Open Science merupakan pendekatan baharu untuk proses saintifik berdasarkan kerja koperasi dan cara baru menyebarkan pengetahuan dengan menggunakan teknologi digital dan alat kerjasama terkini.

Bagi menangani cabaran global secara kolaboratif berkaitan kebanjiran data dan maklumat, data hendaklah menggunakan konsep FAIR: Findable (dapat dicari), Accessible (dapat diakses), Interoperable (dapat beroperasi) dan Reusable (dapat diguna semula).

Bagi mempelopori pergerakan Open Science di Malaysia, Akademi Sains Malaysia (ASM) telah diamanahkan oleh MESTECC untuk memimpin MOSP, sebuah usaha nasional untuk meningkatkan ekosistem inovasi kebangsaan ke arah penciptaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. MOSP bertujuan untuk menjadi sebuah pentas yang dipercayai yang membolehkan akses dan perkongsian data penyelidikan, selaras dengan keutamaan negara dan nudaya terbaik antarabangsa untuk menjadikan data penyelidikan Malaysia sebagai aset negara yang bernilai


Skip to content