YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengetuai Delegasi Malaysia ke Persidangan Antarabangsa mengenai Sekuriti Nuklear: Sustaining and Strengthening Efforts (ICONS 2020) yang dianjurkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di ibu pejabatnya di Vienna, Austria, dari 10 hingga 14 Februari 2020.