Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan dana-dana Penyelidikan dan Pembangunan yang berkaitan dengan bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh MOSTI.

  • Visi – Menjadikan Dana Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) MOSTI sebagai skim dana yang terulung.
  • Misi – Mengurus dana R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang menjurus kepada pengkomersialan hasil R&D&C&I negara dan penyelesaian masalah yang memberi manfaat kepada rakyat.
  1. Menguruskan dana R&D&C&I secara optimum dengan memberikan penekanan kepada impak terhadap peningkatan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat;
  2. Menggalakkan aktiviti R&D&C&I berteraskan permintaan (demand driven) yang boleh dikomersialkan; dan
  3. Memberi khidmat nasihat dan sokongan bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti R&D&C&I untuk kemajuan sosio-ekonomi negara.

Merangka, merancang dan memastikan pelaksanaan pengurusan dana pra pengkomersialan dan mengawal selia serta memantau prestasi agensi pembiaya berdasarkan bidang keutamaan yang ditetapkan selaras dengan halatuju Kementerian.

  1. Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan dana dalam tempoh 45 hari dari tarikh pengesahan penerimaan permohonan lengkap
  2. Pembayaran pendahuluan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan dokumen pembayaran yang lengkap
  3. Pembayaran kemajuan projek kepada pemohon dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa yang berkenaan dan tertakluk kepada penerimaan dokumen lengkap