Pengenalan

Bahagian Kewangan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kewangan yang bertanggungjawab menyelia tiga seksyen iaitu Seksyen Belanjawan, Seksyen Perolehan dan Seksyen Akaun. Ketiga-tiga Seksyen ini bertanggungjawab dalam menguruskan hal-ehwal kewangan Kementerian.

Bahagian Kewangan memainkan peranan yang penting di dalam Kementerian ini dalam penyediaan belanjawan di peringkat Kementerian, Jabatan dan juga Agensi di bawah MOSTI. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mengedali dan memproses perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan Kementerian bagi tender terbuka, tender terhad, sebut harga, rundingan terus dan pembelian terus. Selain itu, segala urusan bayaran di bawah bajet mengurus dan pembangunan juga diuruskan oleh Bahagian ini.

Objektif

  1. Melaksanakan pengurusan kewangan yang cekap, berkesan, berintegriti dan berakauntabiliti bagi menyokong usaha-usaha perlbagai program dan aktiviti di bawah Kementerian dengan mematuhi segala Arahan Perbendaharaan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa

Fungsi & Tanggungjawab

  1. Menyelaraskan penyediaan belanjawan Jabatan/ Bahagian di bawah Kementerian dan mengemukakannya di dalam masa yang ditetapkan
  2. Menguruskan pembayaran bil-bil, gaji, tuntutan perjalanan dan elaun-elaun lain untuk Bahagian dalam tempoh yang ditetapkan oleh Perbendaharaan
  3. Menguruskan permohonan pendahuluan diri, elaun pakaian panas, pindah rumah, penyelenggaraan rumah, keahlian kelab, pakaian istiadat untuk Kementerian dan Jabatan-jabatan di bawah Kementerian serta penganjuran majlis rasmi/ bengkel Kementerian/ Jabatan di hotel-hotel
  4. Memantau had nilai dan mengendali perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan Kementerian bagi tender terbuka, tender terhad, sebut harga, rundingan terus dan pembelian terus
  5. Menyelaraskan pelaksanaan sistem e-SPKB di semua Bahagian dan Jabatan di bawah Kementerian

Piagam Pelanggan

Menyediakan perkhidmatan yang berintegriti, telus dan tepat dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap bagi:

  1. Bayaran adalah selama 14 hari
  2. Waran Perjalanan Udara adalah 5 hari bekerja
  3. Pakej Mesyuarat / Keraian Luar Pejabat adalah 14 hari bekerja
  4. Pakej Mesyuarat / Keraian Luar Pejabat (melibatkan kelulusan Perbendaharaan Malaysia) adalah 30 hari bekerja
  5. Waran Peruntukan Asal adalah 7 hari bekerja
  6. Waran Peruntukan Kecil adalah 7 hari bekerja
  7. Waran Pindah Peruntukan adalah 7 hari bekerja
  8. Perolehan Kerajaan pula tempoh yang ditetapkan bagi Pembelian terus adalah 5 hari bekerja
  9. Sebut Harga adalah 14 hari bekerja
  10. Tender adalah 30 hari bekerja
  11. Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan komputer adalah selama 7 hari
  12. Memproses permohonan pendahuluan diri, elaun pakaian panas dan lain-lain elaun adalah selama 3 hari bekerja