Pengenalan

Bahagian Pembangunan pada mulanya dikenali sebagai ‘Bahagian Pembangunan dan Perolehan’ yang menjalankan fungsi-fungsi pembangunan, pengurusan dana serta urusan perolehan. Selepas penstrukturan semula MOSTI melalui waran perjawatan Bil. E78 2007 bertarikh 16 Disember 2007, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan. Kini, Bahagian ini menjalankan urusan pengurusan / penyelarasan bajet dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bagi semua Jabatan / Agensi / Bahagian di bawah MOSTI.

Objektif

  1. Memberi khidmat sokongan kepada Kementerian dan agensi di bawahnya demi memperkukuhkan kemajuan sains, teknologi dan inovasi melalui pengurusan bajet dan projek pembangunan kementerian secara cekap dan berkesan

Fungsi & Tanggungjawab

  1. Menyelaraskan  Pelaksanaan  Projek/ Program Di Bawah Rolling Plan Rancangan Lima Tahun Malaysia.
  2. Mengagihkan Peruntukan Tahunan  Bagi Membolehkan Jabatan/Agensi/Bahagian Di Bawah Kementerian Melaksanakan Projek Pembangunan.
  3. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK).
  4. Mengurusetiakan Pre Council Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK).
  5. Menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat projek/program bagi Bahagian/Jabatan/Agensi dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II).
  6. Mengadakan Lawatan Tapak Bagi Projek-Projek Fizikal Dari Semasa Ke Semasa Bagi Memantau Prestasi Pelaksanaan Projek.
  7. Membantu Dalam Permohonan Tanah, Memantau Dan Mengemaskini Rekod Tanah Yang Dimiliki Oleh Jabatan/Agensi/Bahagian Di Bawah Kementerian.
  8. Menyelaras Dan Memantau Pelaksanaan Tabung Inovasi Negara (TIN) Berkuatkuasa 1 November 2010.
  9. Menyediakan Laporan Prestasi Perbelanjaan Dan Kemajuan Pelaksanaan Projek Kepada Agensi Pusat.

Piagam Pelanggan

Kami berazam untuk memberi perkhidmatan dengan penuh komitmen, integriti, akauntabiliti dan mesra sebagai usaha untuk memuaskan hati pelanggan. Kami berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawab iaitu:-

  • Mengagihkan waran peruntukan kepada jabatan/agensi/bahagian dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh waran am diterima daripada Kementerian Kewangan
  • Mengemaskini rekod perbelanjaan dan status pelaksanaan projek pembangunan sebelum 25 haribulan setiap bulan
  • Mengemukakan aliran tunai mengikut suku tahunan bagi perbelanjaan peruntukan pembangunan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh 5 hari bekerja setelah dimohon oleh Kementerian Kewangan
  • Membantu dalam permohonan pengambilan tanah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi tapak-tapak projek pembangunan dalam tempoh 5 hari dari tarikh permohonan diterima daripada jabatan / agensi / bahagian
  • Menyediakan maklumbalas ke atas pertanyaan pelanggan