Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D ditubuhkan bagi mengurus, menyelaras serta memantau aktiviti pemindahan teknologi dan pengkomersialan R&D tempatan yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.
Pengenalan
Objektif
Merancang, menyelaras dan mengurus ekosistem pengkomersialan hasil R&D yang dibiayai Kerajaan termasuklah mengenalpasti produk/perkhidmatan/teknologi hasil R&D yang dibiayai Kerajaan untuk dikomersialkan serta aktiviti pemindahan teknologi yang berkaitan dan bersesuaian.
Roadmap
i. Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (Malaysia Startup Ecosystem Roadmap – SUPER) 2021-2030
- Dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh utama di dalam ekosistem startup untuk menyokong pembangunan ekosistem secara holistik dan meningkatkan kebolehpasaran startup di dalam dan di luar negara.
ii. Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan, Inovasi dan Ekonomi (Roadmap R,D,C,I&E)
- Dibangunkan bertujuan untuk mewujudkan ekosistem R,D,C,I&E yang holistik agar Sains, Teknologi, Inovasi (STI) boleh dijajarkan dalam perancangan serta matlamat pembangunan ekonomi negara. Roadmap ini antara lainnya turut dibangunkan bagi menyokong sasaran dan merencanakan tindakan bagi mencapai outcome Dasar Sains Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, Dasar-Dasar serta Pelan Hala Tuju Negara lain yang berkait dengan R,D,C,I&E.
Polisi
i. Dasar Pengkomersialan Harta lntelek Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang Dibiayai oleh Kerajaan.
- Panduan dalam tadbir urus pengkomersialan harta intelek hasil R&D yang dibiayai oleh Kerajaan, dan terpakai kepada semua Kementerian, Jabatan, agensi, institusi penyelidikan dan pegawai awam.