Pengenalan
Objektif
Sedang dikemaskini
Carta Organisasi
Sedang dikemaskini
Fungsi & Tanggungjawab
Akta Lembaga Angkasa Malaysia [Akta 834] telah diwartakan pada 25 Januari 2022 yang antara lain menjadi asas kepada penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia untuk menasihati Kerajaan tentang perkara berhubung pelaksanaan Akta dan memastikan keberkesanan pelaksanaan Akta.
Mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga telah menetapkan 4 Ogos 2022 sebagai tarikh mula kuatkuasa sebahagian Akta dan beberapa seksyen, bersekali dengan pewartaan perkara ini pada tarikh yang sama. Lembaga Angkasa Malaysia (MSB) dianggotai oleh enam (6) orang ahli daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Majlis Keselamatan Negara.
Satu Bahagian khusus di MOSTI telah ditubuhkan untuk mengurus dan melaksanakan kandungan Akta 834 seperti berikut:
- (a) Bertindak sebagai Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga Angkasa Malaysia;
- (b) Menggubal rang undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan instrumen perundangan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Akta;
- (c) Mengawalselia aktiviti berkaitan angkasa yang tertentu melalui pemberian lesen, permit, perakuan, pendaftaran objek angkasa dan menjalankan pemeriksaan pematuhan peraturan serta penyiasatan insiden atau kemalangan objek angkasa bagi memastikan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat berpandukan kepada keperluan global “spaceworthiness”
- (d) Memastikan aktiviti angkasa negara mematuhi perundangan domestik dan antarabangsa selaras dengan ketetapan badan antarabangsa seperti UNOOSA, UNODA dan lain-lain.