Skip to main content
Berita

Maklumat Denggi Terkini Di Hujung Jari

By 2016-03-01Mac 9th, 2017No Comments

KUALA LUMPUR, 1 MAC – Masyarakat kini boleh mendapat maklumat denggi terkini di hujung jari setelah Aplikasi Mobile IDengue dilancar pada hari ini. Aplikasi ini menyediakan maklumat denggi terkini termasuk peta lokasi kawasan wabak dan hotspot serta jadual laporan kes denggi harian.

“Aplikasi Mobile iDengue ini telah dibangunkan pada November 2015 dengan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggunaan aplikasi mudah alih ini boleh meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan penyampaian maklumat denggi,” kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa Majlis Pelancaran Mobile iDengue di sini hari sini.

“Selain itu, pengguna juga dapat mengetahui status denggi terkini dengan tepat di lokasi semasa pengguna secara real time. Aplikasi boleh dimuat turun di Play Store dan App Store,” tambah Madius lagi.

Semenjak tahun 2010, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), telah menjalankan kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta mengoptimumkan kepakaran dalaman (in-house expertise) bagi menjayakan pembangunan dan pengoperasian Sistem Pengurusan Wabak Denggi (SPWD). Sistem ini yang dikhususkan untuk kegunaan Pegawai Kesihatan di peringkat negeri dan daerah telah berjaya meningkatkan kualiti pengurusan wabak denggi di seluruh Malaysia.

Kesinambungan daripada inisiatif berkenaan, pihak KKM dan MOSTI melalui ARSM telah mengambil inisiatif menyediakan platform Portal Sistem iDengue untuk Komuniti bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat yang terkini berkenaan status denggi di kawasan kediaman mereka.

Skip to content