Skip to main content
Berita

MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) DI PERKENAL

By 2015-04-16Mac 9th, 2017No Comments

 

Putrajaya, 16 April 2015 – INOVASI SOSIAL MOSTI atau MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) yang berteraskan program jangkau luar (outreach) ke peringkat akar umbi telah dilancarkan pada hari ini oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. MSI meliputi pembangunan atau pelaksanaan idea samada yang berbentuk produk, perkhidmatan atau model bagi memenuhi keperluan sosial (meeting unmet social needs).

“MSI merupakan salah satu cabang inovasi yang boleh membawa kesan secara langsung dan boleh dirasai oleh rakyat, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada masyarakat tetapi juga meningkatkan keupayaaan individu untuk bertindak melalui jaringan kerjasama pelbagai pihak,” kata YB Datuk Dr. Ewon Ebin semasa melancarkan Karnival Creativity & Science4U Zon Tengah di Putrajaya hari ini.

“Mulai tahun ini, skop dana R,D&C yang diurus oleh MOSTI akan diperluas untuk meliputi inovasi sosial. MOSTI telah bercadang untuk memperuntuk (set aside) sehingga (up to) RM20 juta daripada jumlah dana R,D&C yang telah diluluskan,” tambah Datuk Dr. Ewon Ebin lagi.

Pada permulaan pelaksanaan MSI akan melibatkan :
i. program outreach ke peringkat akar umbi (grassroot) seperti Jejak Inovasi MOSTI-YIM bersama pelajar, NGOs, komuniti, kumpulan/pertubuhan wanita, etnik dan komuniti terpilih; serta
ii. mempertingkat (scaling-up) inovasi yang dijejaki supaya aplikasinya lebih meluas dan faedah sosialnya berganda (amplified).

Peringkat seterusnya, ialah Cabaran Inovasi Sosial (social innovation challenges) bagi mendapatkan cadangan idea/projek yang lebih berimpak tinggi yang sesuai dilaksanakan di bawah MSI.

Karnival Creativity & Science4U kali ini merupakan kali ke-3 pada tahun 2015, selepas diadakan di peringkat zon selatan, iaitu di Negeri Sembilan pada bulan Mac dan baru-baru ini di Pulau Pinang bagi zon utara. Program seterusnya akan diadakan bagi Zon Sabah Tambunan, Sabah pada 30 April – 1 Mei 2015, Zon Timur di Taman Tamaddun Islam, Kuala Terengganu pada 19 – 22 Ogos 2015 dan Zon Sarawak pada 20-22 September 2015, di Waterfront, Kuching, Sarawak.

Karnival Creativity & Science4U kali ini menyaksikan sebanyak 21 aktiviti menarik dijalankan seperti Cabaran Inovasi Inklusif 2015 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai RM27,000 kepada inovator yang berjaya menampilkan Inovasi terbaik; Young Weather Forecast Talent anjuran Jabatan Mateorologi Malaysia yang mencungkil bakat baru di kalangan belia sebagai penyampai berita ramalan cuaca dan lain-lain lagi.
MOSTI EXECUTIVE TALK SERIES turut menampilkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara dan Dato’ Mohammad Nor Khalid atau yang dikenali sebagai Dato’ Lat, kartunis terkenal tanah air.

Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya, Pegawai-pegawai kerajaan. Para innovator, industri dan masyarakat umum.