Skip to main content
Berita

‘Hotter, Drier, Wetter : Face The Future’ Sambutan Hari Meteorologi Sedunia

By 2016-03-23Mac 9th, 2017No Comments

MIRI, 23 MAC 2016 – Pada hari ini, warga meteorologi daripada 191 buah negara anggota seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2016 yang bertemakan ‘Hotter, Drier, Wetter : Face The Future’. Tema ini amat bersesuaian dengan keadaan sekarang di mana berlakunya cuaca panas. Kesan daripada cuaca panas ekstrem ini menyebabkan masalah jerebu serta kekurangan bekalan air bersih semasa kemarau.
Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tahun 2015 merupakan tahun paling panas. Gelombang panas telah melanda beberapa buah negara seperti Sepanyol, Mesir, Afrika Selatan dan Pakistan. Gelombang panas yang berlaku di Pakistan pada Jun 2015 merekodkan suhu melebihi 40oC dan telah mengorbankan lebih daripada 1,600 orang.

Menurut YB dalam ucapannya, “Di Malaysia tahun 2015 merupakan tahun kedua paling panas selepas 1998 di mana kedua-dua tahun tersebut berlaku fenomena El Nino. Tahun 2015 merekodkan bacaan suhu maksimum 37.9oC manakala tahun 1998 dengan bacaan suhu maksimum 40.1oC. Kedua-dua suhu maksimum tersebut berlaku di Chuping, Perlis.
“Tren pemanasan suhu dan cuaca ekstrem ini akan terus meningkat jika tiada usaha dilakukan untuk mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau oleh semua negara. Kerajaan Malaysia melalui beberapa kementerian dan agensi telah dan sedang melaksanakan komitmennya untuk sama-sama mengurangkan pelepasan gas rumah hijau” kata Madius Tangau lagi.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui jabatannya MetMalaysia memainkan peranan dalam pencerapan saintifik yang dilakukan di tiga (3) Stesen Global Atmosphere Watch (GAW) yang terletak di Lembah Danum, Sabah; Petaling Jaya, Selangor dan Cameron Highland, Pahang. Stesen-stesen ini berperanan untuk memantau kualiti udara dalam komposisi atmosfera di negara kita seperti ozon, gas rumah hijau dan lain-lain zarah terampai.
Sempena Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2016, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut merasmikan Pejabat Meteorologi Miri dan Stesen Radar Meteorologi, Miri. Penubuhan Pejabat Meteorologi Miri adalah penting sebagai ‘one stop center’ bagi orang ramai sekitar Miri untuk mendapatkan maklumat mengenai cuaca dan keadaan laut di kawasan Miri.

Skip to content