Skip to main content
Berita

Juara Kejohanan Roket Kebangsaan 2016 Bakal Wakili Malaysia Ke APRSAF 23 –Laguna, Filipina

By 2016-08-30Mac 9th, 2017No Comments

Kuala Lumpur, 30 Ogos – Juara Kejohanan Roket Kebangsaan 2016 (KRK2016) bakal mewakili Malaysia dalam Water Rocket Event peringkat Asia Pasifik bersempena dengan Persidangan Asia Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF) ke-23 di Laguna, Filipina.

“Penyertaan pelajar ke peringkat antarabangsa akan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat pelajar dalam jangka masa panjang seterusnya menyumbang kepada peningkatan peratusan pemilihan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan para pelajar” ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Datuk Seri Panglima Madius Tangau juga menyatakan harapan kepada wakil Malaysia untuk mengulangi kejayaan muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut pada tahun 2014.

Juara turut membawa pulang Piala Pusingan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta sebuah Teleskop Celestron Nextstar4SE dan wang tunai RM1,500. Naib Johan akan menerima Sijil Kecemerlangan, Plak, Pingat manakala guru pengiring akan menerima Sijil Penghargaan dan sebuah Teleskop Levenhuk Strike 1000 Pro serta wang tunai RM1,000. Tempat ketiga akan menerima Teleskop Skywatcher Skymax90 dan wang tunai RM 500.

Turut menerima hadiah pada kejohanan yang bertemakan Rocket Science ini adalah Pemenang Kategori Pembentangan Terbaik, Kategori Sasaran Terbaik, Kategori Payload Terbaik dan Kategori Roket Bahan Api Pepejal (Solid-Fuel Rocket). Hadiah berupa plak, pingat dan sijil kecemerlangan bagi setiap kategori.

Skip to content