Skip to main content
Berita

7th High Council Meeting (HCM)

27 Februari 2023, Iran – Delegasi Malaysia yg diketuai oleh YBrs. Dr. Nor Azlina Ariffin, National Focal Point bagi D-8TTEN bersama wakil agensi MOSTI iaitu MRANTI, MTDC, agensi di bawah MITI iaitu MIDA serta syarikat startups, MyIOL Sdn. Bhd. telah menghadiri 7th High Council Meeting (HCM) yang diadakan bersekali dengan 5th Technology Investment Meeting (TIM) di Tehran, Iran pd 27-28 Februari 2023.
Developing-8 Technology Transfer and Exchange Network (D-8 TTEN) adalah kerjasama antara 8 negara membangun iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Turki bertujuan utk membangunkan kerjasama dlm bidang pemindahan teknologi serta penggunaan teknologi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Bagi Mesyuarat 7th HCM, Malaysia telah membentangkan mengenai perkembangsan lanskap STI Malaysia, ekosistem pengkomersialan, pemindahan teknologi dan program-program serta inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan di Malaysia menerusi kerjasama quadruple helix.
Pegawai MTDC dan MRANTI telah berkongsikan mengenai kriteria pendanaan serta fasilitasi yg disediakan kpd startups. Syarikat startups yang telah menerima dana MTDC, MyIOL Sdn Bhd telah berkongsi mengenai kisah kejayaan syarikat mereka dalam bidang kesihatan. Syarikat MyIOL Sdn Bhd telah mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Best Start-up bagi kategori Healthcare & Medical Devices. Anugerah diterima oleh pengasas syarikat, Encik Saeed Ali Magad.
Di hari kedua TIM, MIDA Dubai telah berkongsikan mengenai peluang-peluang pelaburan di Malaysia.
334032977 2322835547923825 5696014131494590745 n   334511887 762687961727850 8962065052512924528 n
Skip to content