Skip to main content
Berita

9 Inisiatif Pengkomersilan Dilancarkan

By 2014-01-23Disember 14th, 2020No Comments

UKK_1552

Bagi tempoh RMKe-8 hingga RMKe-10 (setakat November 2013), Kerajaan memperuntukkan lebih RM4.8 bilion bagi membiayai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,358 projek penyelidikan telah diluluskan dan telah menjana pendapatan sebanyak. RM5.12 bilion.

Bagi meningkatkan lagi aktiviti pengkomersilan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanakan 9 inisiatif baru sepanjang tahun 2014. Inisiatif-inisiatif ini dirangka bagi merancakkan lagi aktiviti pengkomersilan selain daripada program dan aktiviti penggalakkan penyelidikan yang telah dirancang lebih awal.

Dalam Majlis Pelancaran Tahun Pengkomersilan MOSTI / MOSTI Commercialisation Year 2014 (MCY 2014), MOSTI telah mengumumkan 9 inisiatif tersebut meliputi 3 komponen utama iaitu Platform Teknologi Pengkomersilan atau Technology Commercialisation Platform (TCP); Perkhidmatan Maklumat; dan Promosi.

Dengan tema STI Menjana Kekayaan / STI Wealth Creation, MOSTI mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D MOSTI  dikomersilkan dalam pasaran melalui pelaksanaan 9 inisiatif yang berikut :

Platform Teknologi Pengkomersilan
i.   Program bina upaya
ii.  Program pembangunan produk
iii.  Fasilitasi akses kepada pasaran
iv.  Fasilitasi akses kepada infrastruktur

Perkhidmatan Maklumat
v.   Portal maklumat produk R&D
vi.  Direktori produk R&D

Promosi

vii.   Galeri
viii.  Techshoppe
ix.    Nombor plat kereta

Pelaksanaan inisiatif yang telah dirangka ini adalah bagi meningkatkan kadar pengkomersilan produk R&D seterusnya mencapai objektif pelancaran MCY 2014 iaitu :

i.    Mengkomersilkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D  setahun;
ii.   Menyediakan satu platform pengkomersilan teknologi (TCP) yang komprehensif; dan
iii.  Meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui akademik, teknologi, teknikal, generik dan      keusahawanan.