7 Disember 2023 – Putrajaya – YB Chang Lih Kang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Jose Luis Pardo, Duta Sepanyol ke Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian serta wakil dari Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Malaysia dan Sepanyol berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); terutamanya yang melibatkan kerjasama dalam bidang angkasa, ekosistem syarikat pemula dan lain-lain bidang STI yang akan memberi faedah kepada kedua-dua buah negara.